SOS LADA HITAM HOMEMADE
Sos lada hitam homemade.🎉❤
Tengok dekat satu page...resipi mudah ni dapat lebih 14k perkongsian.Mudah...dan hasilnya sangat sedap😋😋
RESIPI SOS LADA HITAM
1 sb butter
1 tin sos prego keju& herba
1 sk cukup rasa
3 ulas bawang putih dimayang
1 sb lada hitam ditumbuk kasar
1 sb kicap manis
1/2 cawan air
Garam&gula secukupnya
Cara-cara:
1.Panaskan kuali dan masukkan butter.
2.Masukkan Bawang putih goreng hingga layu dan wangi.
3.Masukkan sos prego,lada hitam,cukup rasa,kicap kacau sebati.
4.Masukkan air.Gunakan api kecil sahaja.
5.Perasakan dengan garam dan gula kacau sehingga mendidih dan mengikut kepekatan yang sesuai.Siap.
Selamat mencuba.😘😘
Kredit :Dapur Cikain
Comments
Post a Comment