HARI KE-1 HINGGA KE-5: KISAH KEHIDUPAN SEPANJANG TEMPOH HARI KAWALAN PERGERAKAN- COVID19
TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN
π π π π π π π π π π π π π
HARI KE-1 : 17 MAC 2020
Buat pertama kali, sejarah dunia mencatatkan satu wabak atau malapetaka yang paling hebat berlaku selama aku hidup di dunia ini. Ramai manusia di dunia ini yang mati disebabkan oleh satu makhluk Allah yang bernama "Corona Virus".
Pertama kali juga dalam hidup aku & ramai rakyat Malaysia diarahkan untuk bercuti ekoran dengan arahan kerajaan dalam tempoh ' Kawalan Pergerakan' yang bermula pada 17 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Hari pertama di rumah, mula lah nak buat listing apa barang yang diperlukan sepanjang tempoh kuarantin 14 hari ni.
Bermula hari sebagai suri rumah sepenuh masa mengurus rumahtangga, menjaga anak & memasak...π€ͺπ€ͺπ€ͺ
#KitaJagaKita
#Covid19
HARI KE-4: 21MAC 2020 (SABTU)
Syukur kepada Allah nikmat yang diberikan. Alhamdulillah....
Seperti biasa rutin harian semenjak jadi suri rumah sepenuh masa ni. Bangun pagi, masak, kemas rumah, rehat, makan & tidur.
Apa ya aktiviti hari ni?
Menu Sarapan Pagi: Nasi Impit Goreng (cubaan pertama menjadiπππ). Sebabkan 1st trial dah terover masak.Jadinya, semua dah kena makan dari pagi sampai malam.Kejap-kejap panaskan supaya tak mudah basi...Ending, sampai ke malam baru habis licin...πππ
Aktiviti Mem'baking' hari ni?
Biskut Cornflakes (Ala Noxxa BreadMaker)
Aktiviti Mem'Baking' ni buat sama-sama dengan anak dara sorang (Puteri Aleesya Sofea). Kat gambar tu tangan anak dara sorang ni la..
At last siap jugak aktiviti buat biskut, maaf x sempat nak ambil gambar biskut yang dah siap sebab keletihan. Kejapan dah licin. Nak membuat kemain penat, tapi puas hati tengok anak- anak dapat makan banyak sebab buat sendiri.
Dah masak-masak, siap la aktiviti mengemas.
Payah nak mengemas hari dengan air masih dicatu lagi di Melaka ni.
Sabar je la banyak2.
#KitaJagaKita
#SyukurSelalu
#Covid19
HARI KE 5: 22 MAC 2020 (AHAD)
Alhamdulillah...
Saya, keluarga & anak- anak2 masih diberi kesihatan. Syukur Ya! Allah...
Rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa seperti biasa.
Bangun pagi, fikirkan apa nak buat & apa nak masak. Tak de lain tu la difikirkan...
Hari ni...projek masak?
Roti Plain (guna breadmaker) dijadikan biskut marjerin (sedap cicah air nescafe, my fav.ππ)ππ
Menu Makan Tengahari: Nasi Putih, Masak Lemak Labu+Bayam, Sambal Ikan Bilis & Bendi Kari Goreng
Menu Makan Malam: makan sahaja baki makanan yang ada...jimat cermatπππ


Comments
Post a Comment