ROTI ASAS / ROTI MANIS (Versi NOXXA BREADMAKER)

Resepi: ROTI ASAS / ROTI MANIS

              (Versi NOXXA BREADMAKER)





Bahan basah:

300 ml: (air+telur 1biji)
(*guna cawan sukat noxxa breadmaker)
1 sudu besar: susu pekat
3 sudu besar: gula pasir
2 sudu kecil: garam
3 sudu besar: margerin
(*saya guna Marjerin Pelangi je)

Bahan kering:

4 cawan: tepung gandum
1 peket(11gm): mauripan
1 sudu kecil: Bread Improver

KAEDAH MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan basah dulu, kemudian baru masuk bahan kering ke dalam pan roti Noxxa Breadmaker.
2. Lepas tu, biar mesin buat kerja-kerja menguli.
3. Kalau nak bentuk-bentuk kan keluar dari pan roti & bentuk ikut sesuka hati.
4. Tapi kalau nk buat roti buku biarkan sahaja & teruskan membakar pada suhu 160°c selama 20minit.

Tips:
1. 1sdk Bread Improver & 1 sdk Bread Softener boleh tambah kalau nak roti lebih lembut dan gebu. Kalau tak nak letak pun ok je. Ikut mana yang ada kat dapur tu...

2. Kena pastikan adunan naik sekali ganda baru mula bakar. Baru la roti gebu. Kalau tak keras berdengkang ko...🤭🤭🤭

RUJUK GAMBAR DI BAWAH👇👇

Dah selesai adunan tu diuli. Bulat-bulatkan macam ni susun dalam dulang bakar. Dulang saiz macam mana pun boleh ikut suka & kreativiti. Boleh sapukan mentega & taburkan gula atau bijan diatas adunan sebagai hiasan.


Kalau nak bentuk-bentukan adunan jadi tocang macam ni pun boleh.Ikut suka.

Lepas tu boleh bakar dalam NOXXA Breadmaker pada suhu 160°c selama 15-20minit ikut kesesuaian saiz adunan.


Saya masih guna NOXXA Breadmaker yang lama sebab masih elok. Lama dah beli oven ni dekat 10tahun rasanya. Banyak jasa oven ni masa buat projek cheesetart guna oven ni je...


 Gambar ni ambil kat google, korang boleh buat macam-macam bentuk roti guna NOXXA Breadmaker ni. Best kan?


 Ini NOXXA Breadmaker yang baharu. Korang yang mana belum ada lagi mesti kena beli sebab ini antara gajet yang mesti ada setiap rumah. Musim PKP camnie la baru rasanya penting ada BM ni. Roti payah nak dapat semenjak kawalan Pergerakan COVID19 ni.




Inilah hasilnya, dulang pertama setelah sekian lama tak meroti. Sekali buat mesti tak puas hati, nak adun mudah je guna BM je. Pastu just bentuk-bentuk je iku suka.


Korang kalau rasa berminat nak beli NOXXA Breadmaker ni mama liza ada jual. Nak beli cash atau join kutu pun boleh. Klik link FB Page Mama Liza di bawah:
https://web.facebook.com/FamilyFreedomHopeReward/


Comments

  1. Salam....saya nak tny ada contact no noxxa tak? sebab noxxa BM display x nampak dah.

    ReplyDelete

Post a Comment